Membawang Hari Ini

Selepas Sharnaaz, Anis pilih Ungku Ismail?

PELAKON ini mungkin kurang terkenal dalam industri seni tempatan, tetapi namanya pernah menjadi perbualan ketika mempunyai hubungan cinta dengan aktor Shaarnaz Ahmad.

Bagaimanapun, baru-baru ini namanya kembali dikaitkan pula dengan pelakon yang popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail.

Mengakui terkejut dengan dakwaan tersebut, empunya nama Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus berkata, dia tidak tahu daripada mana timbulnya khabar angin itu.

“Kalau berlakon bersama pun, bukan tahun ini. Pada 2014 adalah dalam drama Apabila Kau Tersenyum.

“Nak kata rapat tu memang tiada. Sekadar berkawan di lokasi penggambaran sahaja,” ujarnya yang dikenali sebagai Anis Al Idrus ini.

Tegasnya, cerita mereka sedang hangat bercinta mungkin timbul selepas dia bergambar bersama patung beruang untuk mempromosikan kempen #TravellingBeruang yang merupakan projek Ungku Ismail bersama Media Prima.

“Rasanya desas-desus ini timbul selepas gambar itu tersiar. Tetapi memang tidak benar sama sekali dan kehadiran saya bersama dengan patung tersebut hanya untuk menyokong projek itu,” nafinya.

Pelakon Gemersik Kalbu ini juga menolak dakwaan dia gemar menjalin hubungan cinta dengan golongan selebriti.

“Sebelum hubungan saya dengan pelakon tersebut, saya tidak pernah ada hubungan cinta dengan mana-mana artis.

“Malah sekarang pun saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana artis juga, jadi dakwaan tersebut memang tidak tepat,” katanya yang terkenal dalam bidang modeling.

Kenal hati budi

Mengakui sedang mengenali seseorang, katanya, dia lebih selesa merahsiakan hubungan mereka terlebih dahulu.

“Memang saya sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang kini.

“Jika kami sudah ke tahap serius, baharu saya bersedia untuk bercerita. Jika tidak, lebih baik saya simpan sebagai hal peribadi sahaja,” katanya bakal melahirkan koleksi tudung miliknya di bawah jenama Numma Nuur x Anis Al-Idrus.

Selain itu, aktres yang mesra disapa Anis ini, bakal muncul menerusi drama bersiri 65 episod berjudul Uda dan Dara terbitan Global Station yang masih dalam sesi penggambaran.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");