Sukan Hari Ini

Gol ‘trademark’ Safiq lengkapkan kemenangan JDT

SEREMBAN: Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan momentum kemenangan kali ini dengan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3 – 2 di Paroi.

JDT mendahului 2 – 0 di babak pertama menerusi jaringan Marcos Antonio pada minit ke-9 dan Mahali Jasuli pada minit ke-27.

Di babak kedua, kapten pasukan, Safiq Rahim meletakkan JDT 3 – 0 di depan menerusi jaringan ‘trademark’nya menerusi percubaan sepakan percuma yang menggegar gawang Syed Adney.

Pada minit ke-68, ATM mula menampakkan bibit-bibit kebangkitan apabila merapatkan jurang melalui sepakan penalti Abdulafees Abdul Salam.

ATM kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti kedua yang mana kali ini ia disempurnakan bintang Honduras, Jerry Palacios. Bagaimanapun peluang itu hanya hadir dihujung perlawanan.

JDT mengekalkan rekod bersih di Piala Malaysia selepas dua perlawanan dicatatkan dengan dua kemenangan.

Keputusan lain:

JDT II 1 – 2 Lions XII

Perak 1 – 0 Sarawak

T-Team 0 – 1 Selangor
PDRM 3 – 3 P. Pinang

PKNS 0 – 2 Pahang

-Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");