Membawang Hari Ini

Siti rai 300 peminat

Cuaca panas tidak menghalang lebih 300 peminat memeriahkan sesi promosi dan bertemu peminat sempena pelancaran album Unplugged Datuk Siti Nurhaliza 2015 di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Malah, ada peminat yang sanggup datang dari jauh dan tunggu lebih tiga jam awal semata-mata manu bertemu dengan figura popular kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

Kemunculan Siti tepat jam 1.45 petang disambut dengan tepukan dan sorakan peminat. Kehadiran Siti yang kini popular dengan lagu Mikraj Cinta sememangnya amat dinantikan peminat di utara tanah air.

Pada majlis itu Siti menyanyikan dua lagu dan 100 peminat bertuah diberikan album unplugged berkenaan selain turut berpeluang beramah mesra sambil ‘welfie’ bersama Siti di atas pentas.

Seorang peminat, Eiylla Ibrahim, 35, berkata, kerana terlalu meminati Siti dia sanggup datang dari Pantai Remis, Perak semata-mata untuk bertemu penyanyi idolanya itu.

“Saya meminati Siti sejak dia muncul dengan album pertama. Susah payah saya datang dari Pantai Remis ke Pulau Pinang berbaloi apabila akhirnya dapat bertemu dan beramah mesra dengannya,” katanya yang tidak akan melepaskan peluang menghadiri setiap konsert Siti.

Sementara itu, Siti berkata, dia terharu dengan sambutan diberikan penduduk Pulau Pinang yang terus menyokong kerjayanya sejak 20 tahun lalu.

Bercerita mengenai albumnya, Siti berkata, album yang dihasilkan dalam bentuk CD, VCD dan DVD itu mendapat sambutan menggalakkan.

Apa yang menarik, album berkenaan juga bakal dilancarkan dalam bentuk piring hitam.

Dalam pada itu, Siti kini sibuk dengan persiapan Konsert Muzikal di Istana Budaya pada November depan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");