Sukan Hari Ini

Skuad Harimau Malaya sudah terlambat: TMJ

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan peluang skuad Harimau Malaya untuk mengubah kedudukan bola sepak negara sudah terlambat selepas tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi, malam tadi.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menyatakan demikian menerusi Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim, Johor Southern Tigers, hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tunku Ismail: ” Ianya sudah terlambat 7-0 untuk separuh masa pertama.

Ianya merupakan satu peluang pemilihan untuk mengubah kedudukan bola sepak Malaysia, tetapi ianya sudah terlambat.

Kalau kepala tak betul, ekor pun tak betul! ” Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2008/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed itu, skuad bimbingan Dollah Salleh dibelasah 10-0 oleh tuan rumah.

Pasukan kebangsaan ketinggalan 7-0 pada separuh masa pertama. Kekalahan memalukan itu sekali gus hampir pasti menutup peluang skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan seterusnya bagi saingan kedua-dua piala berkenaan.

Sebelum ini, Malaysia tewas 6-0 kepada Palestin selain diikat 1-1 oleh Timor Leste bagi saingan kelayakan itu.

-http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");