Berita Hari Ini

SPRM ulangi tidak terlibat siasatan 1MDB

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengulangi bahawa pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia.

Dalam satu kenyataan media, SPRM berkata pihaknya mengulangi penjelasan ini memandangkan masih ada pertanyaan daripada pemberita dan kenyataan yang mengaitkan siasatan 1MDB dengan SPRM.

“Isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM.

“Perkara ini telah diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM pada 5 Ogos lalu,” kata SPRM di sini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");