Sukan Hari Ini

Futsal wanita mara ke separuh akhir

Kuala Lumpur: Skuad negara menempah tiket ke separuh akhir Kejuaraan Futsal Wanita AFC selepas menewaskan Hong Kong 4-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Tertutup Nilai, semalam.

Meskipun masih berbaki satu perlawanan menentang Iran hari ini, skuad negara yang cemerlang menewaskan Uzbekistan 9-4 pada perlawanan pertama kelmarin sah ke separuh akhir selepas Iran membelasah Uzbekistan 9-1 dalam satu lagi perlawanan.

Bagaimanapun, Malaysia ketinggalan pada awal permainan selepas Wong So Han meletakkan Hong Kong di depan seawal minit ke-5.

Skuad negara berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain Hong Kong Kwong Wing Yan menjaringkan gol ke gawang sendiri selang dua minit selepas itu.

Malaysia terus cemerlang apabila Fatin Shahida Azmi meledak gol kedua pada minit ke-30.

Farahiyah Ridzuan menambah dua gol masing-masing pada minit ke-33 dan 35 untuk memastikan kemenangan berpihak kepada skuad negara.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");