Membawang Hari Ini

Teruja jayakan Festival Kesenian ILM

Penyanyi terkenal Mizz Nina teruja melihat sambutan hangat orang ramai terhadap Festival Kesenian ILM (ILM Art Festival) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Ahad lalu.

Meskipun hanya menyampaikan puisi dan berkongsi pengalaman sebagai anak seni yang kini aktif di belakang tabir, dia menyifatkan penganjuran acara itu cukup menarik.

“Saya gembira melihat orang ramai berpusu-pusu datang ke acara ini. Walaupun tidak seramai yang dijangka, kehadiran mereka untuk memberi sokongan sudah memadai.

“Ini penganjuran pertama Festival Kesenian ILM dan lebih bermakna apabila Malaysia terpilih sebagai tuan rumah,” katanya.

Jelas Mizz Nina lagi, festival berkenaan memberi peluang kepada pencinta seni menonjolkan bakat mereka dan dilakukan berlandaskan ajaran Islam.

“Program ini turut menyuntik kesedaran kepada orang ramai bahawa tiada yang mustahil dalam melakukan sesuatu selagi ia tidak melanggar syariat.

“Sebagai contoh, walaupun tidak lagi menyanyi saya aktif menghasilkan puisi perjuangan dan semangat sebagai orang Islam,” katanya.

Nina berharap penyertaannya dalam festival berkenaan dapat memberi inspirasi kepada anak muda dalam mencapai impian dan cita-cita.

Bagi Altimet pula, festival seperti ini sekarang dilihat menjadi antara pilihan orang ramai.

Jika dulu masyarakat hanya disajikan dengan satu jenis hiburan, kini semua orang bebas memilih program yang mereka suka.

“Pada saya program seperti ini menunjukkan bahawa orang ramai semakin matang dalam memilih aktiviti yang mereka suka.

“Pilihan yang banyak dengan pelbagai program memberi ruang dan pendedahan untuk masing-masing lebih mengenali sesuatu perkara itu.

“Seperti saya, diberi peluang berada di sini menyanyi dan berkongsi pengalaman sebagai anak seni membuatkan saya teruja.

“Ini adalah satu program yang bagus dalam mengga­lakkan belia menyertai aktiviti yang mereka suka berlandaskan Islam,” katanya yang sibuk menghasilkan lagu untuk album kompilasi 10 tahun Kartel Records.

Pengajuran festival ini berjaya menghimpunkan ramai penggiat seni Islam seluruh dunia.

Buhan hanya penyanyi dan pelukis, pelawak juga turut berkongsi pengalaman menghiburkan orang ramai dengan jenaka yang menyelitkan mesej dakwah.

Selain Mizz Nina, antara penggiat seni lain yang terbabit menjayakan Festival Kesenian ILM adalah Altimet, Yasmin Zaini, Baba Ali, Omar Regan, Nouman Ali Khan dan Zain Bhika.

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");