Panasnya Hari Ini

Tun M Akan Disiasat Kerana Didakwa Memfitnah

KUALA LUMPUR: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan mengenai ketua-ketua UMNO bahagian telah dirasuah ketika menyertai perhimpunan 4.0 akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memfitnah.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dekimian dalam satu sidang media di Dewan Plenari, KLCC hari ini..

Jelasnya lagi, pihaknya akan mengambil keterangan daripada Tun Dr Mahathir dalam tempoh waktu terdekat ini bagi membantu siasatan.

“Kita akan rakam segala percakapan beliau berdasarkan laporan-laporan yang telah dibuat kepada pihak polis,

“Siasatan dibuat berdasarkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa ketua-ketua Bahagian UMNO telah dirasuah,” katanya.

Khalid turut memberi jaminan iaitu siasatan terhadap Perdana Menteri selama 22 tahun itu akan berjalan dengan baik dan tertib kerana bekas Perdana Menteri itu adalah seorang negarawan perlu dijaga dan dihormati.

Beliau turut menasihati semua pihak bertenang dan memberikan ruang kepada polis menjalankan siasatan lanjut terhadap sebarang insiden atau kekecohan yang berlaku sepanjang perhimpunan Bersih 4.0.

“Saya nasihatkan jangan jadikan insiden kekecohan yang ditimbulkan oleh peserta Bersih 4.0 sebagai satu perkara rasis.

“Ini boleh menimbulkan ketegangan dan kemarahan di antara kaum,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");