Sukan Hari Ini

THT tekad bangkit aksi kedua separuh akhir

Kuala Lumpur: “Tak ada masalah. Kami amat yakin mampu bangkit semula.”

Demikian keyakinan tinggi diluahkan ketua jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), Sarjit Singh menjelang saingan separuh akhir kedua Piala TNB hari ini selepas menyaksikan anak buahnya tewas mengejut 3-5 kepada Maybank pada separuh akhir pertama kelmarin.

Jelas Sarjit, meskipun tewas pada perlawanan pertama, beliau percaya bukanlah satu masalah besar untuk anak buahnya mengatasi desifisit dua gol itu.

“Sebab saya ada barisan pemain yang mampu untuk bangkit semula dan mereka mampu mencari dua gol itu,” katanya.

Mengulas lanjut kekalahan juara bertahan itu kelmarin, Sarjit menafikan tempoh rehat selama 10 hari dengan tidak perlu beraksi pada suku akhir menjadi faktor utama kekalahan kepada Maybank.

“Kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol serta berjaya mendapatkan pukulan sudut penalti.

“Malangnya pemain kerap membuat kesilapan, terutama membenarkan lawan melakukan serangan balas.

“Saya rasa inilah kekalahan paling teruk pernah kami alami sepanjang pertandingan ini.”

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");