Sukan Hari Ini

Usah impi kejayaan dulu: Ranieri

Leicester, England: Pengurus Leicester, Claudio Ranieri (kanan) menegaskan pemainnya tidak boleh menyertai peminat mereka untuk mengimpikan kejayaan biarpun bermula cemerlang pada kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

Anak buah Ranieri melonjak ke tangga kedua liga apabila bangkit selepas ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Aston Villa 3-2 kelmarin.

Ranieri berkata, peminat Foxes wajar bergembira dengan permulaan tanpa kalah musim ini namun menegaskan pasukannya perlu berpijak di bumi nyata dengan 40 mata menjadi sasaran andai mahu terus kekal dalam liga musim depan.

“Ia bukan Mac atau April,” kata Ranieri. “Jika saya berada di tangga kedua liga pada April, memang menakjubkan.

“Namun sekarang baru September dan saya fikir kami perlu merebut 29 mata lagi, itu sasaran kami.

“Selepas itu baru kami boleh bermimpi tapi bukan sekarang.”

Nathan Dyer menjaringkan gol pada penampilan pertama untuk menandakan kebangkitan Leicester menerusi gol kemenangan.

Skuad Foxes menjaringkan tiga gol pada 18 minit terakhir untuk meraih kemenangan selepas ketinggalan 0-2, apabila Ritchie De Laet dan Jamie Vardy turut menjaringkan gol.

Jack Grealish menjaringkan gol pertama Aston Villa untuk memberi mata pendahuluan kepada pasukan pelawat pada minit ke-39 sebelum Carles Gil menjaringkan satu lagi gol untuk terus meletakkan mereka di depan. – AFP

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");