Sukan Hari Ini

V Shem, Wee Kiong kerja keras

BEREGU lelaki nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee kiong hampir dikejutkan dengan pasangan bukan pilihan sebelum berjaya mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2015, semalam.

Dalam perlawanan pertama itu, V Shem-Wee Kiong dipaksa bekerja keras sehingga ke set penentuan selepas gagal beraksi dengan baik di set pertama sebelum bangkit untuk menundukkan pasangan Jepun, Hiroyuki Saeki-Ryoya Taohata 19-21, 21-19, 21-16 dalam masa 56 minit

Naib juara Grand Prix Terbuka Rusia, V Shem-Wee Kiong akan meneruskan cabaran dalam pusingan kedua hari ini dengan menentang pasangan Denmark, Kim Astrup-Andres Skaarup Rasmussen selepas menyingkirkan pilihan kelapan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin dari Taiwan,

V Shem berkata, walaupun perlawanan tersebut sebenarnya tidak begitu mencabar untuk mereka, namun beberapa kesilapan yang dilakukan menyebabkan perlawanan berlarutan ke set ketiga.

“Bagaimanapun perlawanan ini menjadi percubaan yang baik untuk kami. Harap esok kami dapat menunjukkan permainan yang lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mara ke pusingan kedua dengan menyingkirkan pasangan China, Wang Yilv-Luo Yu 21-16, 21-18

Bagaimanapun laluan sukar bakal menanti beregu itu apabila akan bertemu pilihan pertama, Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China.

Nasib berbeza dialami satu lagi pasangan beregu campuran negara, Tan Aik Quan-Lai Pei Jing apabila terkandas awal selepas tunduk kepada beregu Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilliyana Natsir 17-21, 17-21.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");