Sukan Hari Ini

‘Zulfadli tolak tuah’

Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu apa yang dia lakukan,” kata bekas pemain perseorangan negara Datuk James Selvaraj mengenai Zulfadli Zulkiffli yang menolak pelawaan untuk menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurutnya, hanya sesetengah pemain mampu melakukannya (menjadi pemain bebas terbaik) dan keengganan Zulfadli untuk bernaung di bawah badan induk itu dianggap satu kerugian.

“Memang satu kerugian bagi pihak Zulfadli. BAM sekarang mempunyai Pengarah Teknikal (Morten Frost Hansen), latihan juga lebih sistematik dan mereka turut boleh memberi nasihat dari segi pemakanan serta banyak lagi,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Jelas Selvaraj, tawaran BAM itu sepatutnya tidak harus dilepaskan begitu saja dan beliau agak kecewa Zulfadli menolak pelawaan itu.

“Kalau dia boleh melakukan sendiri dan berjaya ia sudah cukup baik, cuma yang merisaukan jika sebaliknya. Apa akan berlaku nanti, jangan kata BAM tidak memberi peluang. Dia yang tidak mengambil peluang ini.

“Sebenarnya bukan sekali, sudah dua atau tiga kali peluang ini diberikan. Saya bukan kata tindakannya salah, tidak ada siapa salah dalam hal ini. Kita juga tidak tengok program bapanya (Zulkiffli Sidek). Siapa tahu ia mungki berkesan,” kata Selvaraj.

Kelmarin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengumumkan Zulfadli membuat keputusan tidak mahu menyertai badan induk berkenaan dan mahu bergerak sendirian sebagai pemain bebas.

Sebelum ini, pada Khamis minggu lalu Zulfadli bersama keluarganya mengadakan pertemuan dengan Ahmad Shapawi yang berusaha memujuknya untuk menyertai BAM selepas disarankan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Kalau dia (Zulfadli) menyertai BAM, tidak perlu lagi memikirkan soal mencari penaja bagi menyertai kejohanan luar. Sebenarnya paling penting adalah latihan pra kejohanan, ia untuk persediaan tahap paling tinggi. Kita lihat Datuk Lee Chong Wei, berlatih menentang dua atau tiga pemain dalam serentak.

“Ada pemain yang boleh jadi rakan sepelatih, dalam masa sama Frost dan jurulatih, Hendrawan boleh memantau perkembangannya,” katanya.

Antara alasan utama mengapa Zulfadli tidak mahu menyertai BAM ialah kerana program disediakan bapanya untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 Rio, sudah berlangsung separuh jalan.

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");