Berita Hari Ini

Abu Kassim kembali bertugas esok

KUALA LUMPUR – Pernah diberitakan ‘hilang’ sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed akhirnya mengesahkan akan kembali bertugas esok meskipun masih dalam tempoh cuti sakit.

Menurut Abu Kassim, cuti sakitnya sah hingga Jumaat ini.

“Rasa pelik apabila ketua pesuruhjaya tidak pakai uniform sedangkan semua pegawai memakai uniform lengkap.

“Ini kerana saya masih dalam tempoh bercuti. Cuti sakit saya sehingga 16 Oktober tapi mulai esok, saya akan datang kerja,” katanya ketika memulakan ucapan pada majlis persaraan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaafar, hari ini.

Sebelum ini, Abu Kassim telah menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan dibenarkan keluar hospital pada 15 Ogos.

Beliau dilaporkan mendapat cuti sakit selama dua bulan.

Kali pertama beliau muncul di khalayak ialah ketika Majlis Perasmian Kevin Morais Moot Court pada awal bulan ini.

Sementara dalam ucapan sama, Abu Kassim memuji Zakaria sebagai pegawai SPRM yang berintegriti tinggi dan banyak mencurahkan bakti kepada suruhanjaya itu.

“Kalau hendak disebutkan secara ringkas, beliau seorang yang tegas, adil, profesional, integriti dan berkomited tinggi.

“Setiap tindakan dan keputusan beliau hanya berpaksikan kepada peraturan-peraturan yang diputuskan dan ditetapkan,” katanya.

Zakaria bersara wajib hari ini setelah berkhidmat selama 33 tahun bersama Badan Pencegahan Rasuah (BPR) atau SPRM pada usia 58 tahun.

Zakaria memulakan karier sebagai Pegawai Siasatan di BPR pada tanggal 2 Ogos 1982.

Beliau turut dianugerahkan gelaran Tokoh Pembangunan SPRM pada majlis persaraan itu.

Selain pembangunan, beliau telah berjaya mewujudkan pengukuhan sumber manusia yang sangay berkesan di mana menitikberatkan mengenai pembangunan modal insan, struktur dan organisasi.

Pada majlis tersebut juga, Zakaria memperkenalkan buku terbaharu beliau yang berjudul Man Ana : Memoir Tokoh Pembangunan SPRM.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");