Sukan Hari Ini

Ketepi cabaran lawan

Kuala Lumpur: Peminat sukan Mixed Martial Arts (MMA) tanah air dihiburkan dengan pelbagai aksi pertempuran menarik dalam perlawanan akhir Kejohanan Penaklukan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia (MIMMA) siri 3, kelmarin.

Kejohanan di Stadium Put-
ra, Bukit Jalil itu menyaksikan lapan kategori perlawanan merebut tali pinggang kejuaraan yang dimenangi pemenang pada siri lalu termasuk dua kategori baru diperkenalkan iaitu Kategori Wanita (Women’s Pride) dan Kategori Luar Negara (Foreign Pride).

Perlawanan Kategori Flyweight antara Seah Zhang Yu dari Pulau Pinang menentang Dhiaaul Amal boleh dianggap perlawanan terbaik malam itu dengan aksi serangan tanpa henti dari kedua-dua penentang hingga ke pusingan terakhir yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Zhang Yu menerusi kiraan mata.

Zhang Yu yang mempertahankan tali pinggang kejuaraan siri lalu berkata, Dhiaaul seorang penentang yang hebat dan kuat serta sangat berpengalaman dalam sukan itu.

“Saya boleh nampak Dhiaaul benar-benar mahu menumpaskan saya dengan apa saja cara dalam setiap tumbukan dilepaskan, namun saya dapat mengumpan Dhiaaul dengan gerakan serta serangan sebelum menang dengan kiraan mata,” katanya.

Pemenang bagi kategori Lightweight, Jason Law dari Sarawak mengakui penentangnya yang juga pemenang kejuaraan pada siri lalu Muhd Hasrul memiliki serangan dan pertahanan yang kuat, namun dia fokus dengan strategi dan memilih untuk tidak tersilap langkah.

“Bukan mudah menewaskan Hasrul, namun saya berlawan dengan tenang supaya dapat mengekalkan rentak dan akhirnya dapat menumpaskannya pada minit kedua pusingan pertama sebelum Hasrul jatuh sebelum saya teruskan serangan hingga pengadil memberhentikan perlawanan,” katanya.

Bagi Kategori Wanita, pertembungan antara Felicia Yunus dari Sabah menentang Joanna Yap dari Sarawak menyaksikan perlawanan berterusan hingga ke pusingan kelima. Joanna yang memiliki saiz badan lebih besar berbanding Felicia menggunakan kelebihannya untuk memungut mata lebih dalam setiap pusingan.

“Joanna memiliki kelebihan dengan saiz badan, malah Joanna juga lebih tinggi sekali gus menyukarkan saya melancarkan serangan dan akhirnya Joanna diiktiraf sebagai pemenang dengan kiraan mata,” kata Felicia.

Perlawanan lain menyaksikan Kategori Heavyweight, Darren Low (Sabah) mengalahkan Niker Tan (Pulau Pinang) melalui Technical Knock Out (TKO) pada saat ke-13 pusingan pertama, sekali gus mengekalkan kejuaraan dimenangi pada siri lalu.

Kategori Featherweight menyaksikan Mohd Aiman (Negeri Sembilan) mengalahkan Hafizul Hakim (Sabah) melalui TKO dalam pusingan pertama. Kategori Middleweight, Muhd Meeraj (Kuala Lumpur) mengalahkan Syafiq Jamal (Kuala Lumpur) melalui TKO pada pusingan pertama. Kategori Welterweight, Gino Tan (Pulau Pinang) mengalahkan Melvin Kho (Sarawak) melalui gerakan kunci lengan (Kimura) pada pusingan keempat dan Kategori Luar Negara (Foreign Pride) Ahmadjon Karimov (Tajikistan) mengalahkan A Karadech Seesombat (Thailand) melalui KO pada pusingan pertama.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");