Jenayah

Ajal akibat rempuh batu tanda jalan

REMBAU: Seorang penoreh maut selepas motosikal ditunggang merempuh batu tanda jalan dan tersepit di pengadang jalan di kilometer tujuh, Jalan Astana Raja-Legong Jaya, berhampiran Kuil Datuk Kampung Semerbok, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu, mangsa, Gan Kai Seng, 60, yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kampung Legong Jaya maut di tempat kejadian.

Rakannya, Zulkifli Kasim, 49, berkata, dia sudah mengenali mangsa sejak lebih 20 tahun lalu memandangkan mangsa sudah lama mengambil upah menoreh getah di perkampungan berkenaan.

“Kai Seng sangat ramah dan rakan-rakannya terdiri daripada pelbagai bangsa. Malah, beberapa minit sebelum itu, Kai Seng yang lalu depan kedai saya sempat lambai tangan pada saya.

“Bila saya tahu ada kemalangan di sini, saya datang tengok, rupa-rupanya Kai Seng yang kemalangan,” katanya ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, berdasarkan siasatan, dipercayai mangsa yang datang dari arah Astana Raja terbabas ke kiri jalan lalu merempuh batu tanda jalan itu.

Menurutnya, mangsa dan motosikalnya tersepit antara batu tanda dan pengadang jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");