Sukan Hari Ini

Stewart kemudi Pahang

Kuantan: Orang Besi Pahang Damion Stewart tidak menghadapi masalah untuk terus mengetuai skuad berkenaan berikutan kecederaan menimpa kapten Mohd Razman Roslan.

Justeru, bekas pemain Queens Park Rangers (QPR) itu bersedia memikul tanggungjawab apabila Tok Gajah bertandang ke Stadium Shah Alam, Selangor, bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam esok.

Katanya, perkara utama perlu dilakukan adalah untuk memastikan rakan sepasukan dapat mempamerkan persembahan meyakinkan terutama mengikut arahan jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

“Saya harap kami tidak hilang fokus dan beraksi sehingga wisel penamat untuk memastikan misi mempertahankan Piala Malaysia tercapai biarpun berdepan cabaran getir.

“Saya juga percaya rakan sepasukan mahu mengesahkan tempat ke suku akhir lebih awal biarpun ada baki dua aksi membabitkan perlawanan di Stadium Darul Makmur,” katanya, di sini, semalam.

Stewart juga percaya kunjungan skuad itu ke Stadium Shah Alam bertemu PDRM nanti bakal berakhir dengan keputusan positif.

Pada masa sama, dia berkata, keputusan itu diharap dapat menebus kembali kekalahan besar 1-4 kepada naib juara Liga Perdana musim ini, Pulau Pinang, minggu lalu.

Katanya, keyakinan itu juga berdasarkan kemenangan 4-3 ke atas The Cops pada perlawanan pertama 12 September lalu, tetapi tidak mahu memandang mudah keupayaan tuan rumah yang pasti mahu mengutip tiga mata.

“Sudah pasti kami mahu menebus kembali kekalahan kepada Pulau Pinang dan pada masa sama perlu lebih bersedia mengutip kembali mata untuk mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia.

“Kemenangan ini juga diharap memulihkan moral semua pemain dan mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan kerana masing-masing masih lagi layak ke suku akhir piala berprestij itu.

“Kami juga tidak mahu menunggu saat akhir untuk mengesahkan tempat lapan pasukan terbaik,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");