Jenayah

Akibat telefon bimbit terlebih cas?

Fakta

SATU rakaman audio dan gambar memaparkan belakang badan seorang mangsa yang cedera dan kelihatan berlubang-lubang disebarkan di media sosial.

Melalui rakaman audio itu dalam bahasa Melayu itu, suara seorang lelaki menjelaskan bahawa kecederaan itu berpunca daripada sikap mangsa yang mengecas telefon bimbit sambil memasang lagu dan memakai ‘ear phone’.

Mangsa kemudiannya dikatakan tertidur dan telefon bimbitnya terlebih cas. Suara dalam rakaman itu mendakwa cas elektrik disalurkan melalui ‘ear phone’ dan menyebabkan badan mangsa berlubang.

Auta

KEJADIAN sebenar berlaku di India akibat rusuhan seperti dilaporkan laman web berita Khalsa Force.

Dalam kejadian itu, polis menggunakan bom buluh, meriam air dan peluru hidup terhadap peserta himpunan di Moga, Punjab.

Tiga orang dilaporkan mati, manakala ratusan yang lain tercedera. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dalam gambar tersebut terselamat atau tidak.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");