Panasnya Hari Ini

AMANAH Bukan Ancaman Kepada PAS

KUALA LUMPUR:PAS sama sekali tidak merasakan sebarang ancaman dengan kewujudan dan penubuhan satu parti Islam baru, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Kenyataan itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap kewujudan tidak mendatangkan sebarang perubahan memetik sumber daripada Malaysiakini hari ini.

Ujarnya lagi, PAS sebelum ini juga pernah menghadapi pelbagai masalah malah ia berjaya ditangani dengan baik.

“Bagi kita, parti AMANAH ini tak ada apa-apa cabaran yang besar pada PAS. PAS pernah hadapi cabaran yang lebih besar.

“Oleh itu kita menganggap apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat kecil,” kata Abdul Hadi dalam sidang media selepas Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

Beliau turut menjadikan beberapa contoh peristiwa sebelum ini yang melibatkan masalah dalaman parti itu sehingga tercetusnya penubuhan parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).

Gabungan AMANAH dalam membentuk Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR, disifatkannya hanya satu cabaran kecil.

“Dengan AMANAH atau (Pakatan) Harapan ini terlalu kecil. Dengan Umno, BN kita pernah lawan.

“Kita nanti bukan sahaja akan tambah kerusi (dalam pilihan raya umum), tetapi insya-Allah akan menambah kemenangan,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai pembentangan Rang Undang-undang hudud di Parlimen,yang masih belum dapat dilakukan pada sidang ini berikutan terdapat proses mahkamah yang sedang berjalan.

“Hudud, kita tunggu proses mahkamah yang sedang berjalan. Belum lagi (boleh bentang) kerana masih ada perkara di mahkamah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");