Isu Panas

Amanah anggap Umno kerugian

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) memaklumkan Umno sepatutnya berasa rugi dengan penghijrahan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam PKR.

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, penghijrahan Saifuddin ke PKR dan Pakatan Harapan memberi kelebihan kepada mereka berdasarkan kredibiliti dan pengalaman dimiliki bekas Ahli Parlimen Temerloh itu.

“Kita semua tahu beliau (Saifuddin) seorang yang mahir bidang akademik, beliau bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

“Pendekatan politik Saifuddin memperlihatkan beliau seorang yang memahami denyut nadi rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kelebihan dimiliki Saifuddin bakal memberi impak besar kepada perjuangan Pakatan Harapan.

Anuar turut menyifatkan Saifuddin permata bersinar dalam kalangan ahli politik yang dibuang oleh Umno disebabkan keegoan mereka.

“Mungkin disebabkan oleh kuasa dimiliki Umno sejak dari dahulu, mereka rasa tidak mengapa jika hanya seorang sahaja dibuang.

“Mungkin juga penghijrahan Saifuddin dianggap satu bentuk pembersihan dalam Umno. Saya rasa mereka silap,” katanya.

Mengulas lanjut, penghijrahan Saifuddin menggambarkan sikap rakyat yang berani melakukan perubahan.

“Saya alu-alukan mana-mana pemimpin yang ingin turut serta dalam agenda perubahan yang dibawa oleh Pakatan Harapan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");