Membawang Hari Ini

Dua beradik satu aspirasi

Tidak mudah melakar kejayaan apatah lagi dengan kebanjiran artis yang lahir daripada program realiti. Akur dengan persaingan sengit yang harus dihadapi, dua gadis manis yang mahu dikenali sebagai ZiaBella tekad berusaha gigih.

Mereka sedar kejayaan tidak datang bergolek, sedia berusaha selagi terdaya untuk mengetengahkan genre muzik diperjuangkan. Mahu dikenali dengan identiti sendiri, ZiaBella yang mengikat kontrak dua tahun sebagai artis KRU Music tidak mencemburui kejayaan kumpulan lain.

Malah single pertama, Sesuatu Yang Tak Mungkin nampaknya belum memadai bagi menyerlahkan bakat nyanyian mereka dan kini menaruh harapan pada single kedua, Unfollow Hatiku.

Dua beradik yang meminati muzik berbeza, Zia cenderung pada balada manakala Bella lebih ke arah pop tapi sama-sama mengakui single ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim itu sangat bermakna.

Zia atau Shazia Mohd Rozaini, 22, berkata, Unfollow Hatiku sedap didengar dan bersifat ‘mesra radio’. Bukan itu saja, Edry terus membantu mereka dengan memberi peluang menyanyikan lagu tema program TV3, Bintang Mencari Bintang.

“Nampaknya rezeki kami untuk menyerlah sebagai penyanyi dikenali ramai belum menjadi kenyataan. Justeru, single terbaru Unfollow Hatiku menjadi sandaran ZiaBella,” katanya.

Mengenai peluang menjadi artis KRU, Bella atau Salsabila, 19, berkata, dia yang mendapat peluang untuk menghadiri sesi uji bakat dianjurkan Edry. Ketika itu Edry mencari bintang baru dan Bella hadir ke sesi uji bakat dengan ditemani kakaknya, Zia.

“Tak sangka rezeki berpihak pada saya. Menyedari Zia juga memiliki bakat menyanyi yang sama, Edry memberi peluang kepada kami untuk membina nama sebagai kumpulan duo.

“Tambah pula dalam industri hiburan tanah air sekarang pun masih kurang pembabitan artis duo, apatah lagi yang ada ikatan adik-beradik seperti kami,” katanya.

Bermula dengan cada­ngan Edry itu, Zia dan Bella setuju bergabung dan kini mereka tidak gentar me­ngatur langkah buat ZiaBella berjaya dalam bidang nya­nyian diceburi.

Zia yang memiliki Di­­- p­loma Muzik Universiti Tek­nologi Mara (UiTM), juga pernah menyertai Bintang RTM 2012 tapi cuma setakat peringkat akhir.

Bella yang turut meminati muzik berkata, mereka mendapat pendedahan menyanyi sejak kanak-kanak apabila sering menyertai pertandingan nyanyian. Malah minat mereka mendapat sokongan ibu, Suriani Mohd Anuar, 48.

“Kami bertuah kerana minat menyanyi dipupuk sejak kecil tidak sedikit pun mendapat halangan daripada keluarga. Malah ibu banyak memberi sokongan.

“Ibu sentiasa layankan apa saja kehendak kami termasuk sering membawa saya dan kakak menyertai pertandingan nyanyian dianjurkan.

“Jadi, saya akui dorongan padu daripada ibu terhadap minat kami berdua pada nyanyian membuatkan ZiaBella takkan mudah berputus asa,” katanya.

Bella yang kini mengikuti pengajian diploma jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di kolej swasta berkata, soal rezeki adalah ketentuan Tuhan.

“Meskipun sedar perbandingan dengan kumpulan lain tak dapat dielak, ZiaBella lebih selesa memandang ke arah positif yang membuatkan kami sedia bersaing secara sihat.

“Kami tahu seiring dengan ZiaBella yang giat membina nama kini adalah kumpulan vokal wanita, De Fam yang terdiri daripada tiga anggota dan popular dengan lagu #Supergirls.

“Kami yakin dengan kelebihan muzik diketengahkan termasuk bakat kami. Jadi, ZiaBella tidak melihat di antara kami dan De Fam adalah saingan. Sebaliknya kami melihat De Fam sebagai kumpulan wanita yang muncul de­ngan pakej lengkap,” katanya.

Kata Zia, anggota De Fam bukan sekadar cantik terapi berbakat besar. Katanya, De Fam juga muncul dengan imej matang dan lebih mengagumkan, mereka berkeupayaan me­nyanyi rap dan menari.

Mengakui ZiaBella juga meminati De Fam, Zia berkata dia dan Bella tidak jemu-jemu menonton video lagu De Fam setiap hari.

Katanya, dia dan Bel­la suka belajar dan dalam soal ini mereka sentiasa bersikap terbuka untuk menimba ilmu daripada kumpulan lain yang makin menjadi perhatian peminat.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");