Sukan Hari Ini

Azraai tunggu November

PENGENDALI baharu Sabah, Azraai Khor Abdullah enggan terburu-buru merombak skuadnya bagi musim depan.

Katanya, adalah tidak adil untuk menggugurkan pemain pada masa ini sedangkan belum melihat sepenuhnya kebolehan mereka.

“Kebanyakan kontrak pemain akan berakhir November ini, jadi saya perlu teliti terlebih dahulu sejauh mana kemampuan mereka sama ada kekal atau tidak musim depan.

“Jadi, setakat ini semua pemain yang masih berada dalam skuad Sabah akan diberi peluang menunjukkan kebolehan mereka.

“Dan, saya harap pemain akan manfaatkan peluang diberi dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam tempoh dua bulan ini untuk membuktikan sesuatu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas keputusan bekas penyerang muda, Mohd Rozaimi Abdul Rahman untuk beralih angin dengan menyertai pasukan Liga Super musim depan, Azraai berkata, beliau menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) membuat keputusan.

“Itu antara Safa dengan Rozaimi, saya tidak boleh komen lebih kerana baru sahaja kendalikan pasukan ini. Saya juga tidak tahu hal sebenar yang berlaku antara Rozaimi dan pengurusan.

“Apa yang saya dengar, kontrak Rozaimi akan tamat, dia mahu berpindah. Sebagai jurulatih, saya hormati keputusan kerana itu hak dia sebagai pemain.” katanya.

Rozaimi baru-baru ini mengesahkan kontraknya bersama skuad Badak tidak disambung berhasrat berpindah menyertai pasukan Liga Super musim depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");