Perak Hari Ini

Banjir : Kerajaan Negeri Lakukan Persiapan Awal

IPOH: Kerajaan negeri sedang giat melakukan persiapan awal bagi menghadapi bencana banjir yang melibatkan  setiap daerah dan kerjasama dari Jabatan yang bertanggungjawab.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata maklum balas awal juga diterima pihaknya berikutan makluman pengurusan bencana alam tidak lagi dibawah kelolaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan telah diuruskan oleh satu badan baharu iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).

Kerajaan negeri katanya kini giat menyusun persiapan bersama dengan APBN supaya segala urusan dan persiapan awal dilakukan sekaligus menggelakkan insiden lama.

“Ia melibatkan pengurusan bekalan makanan, penginapan dan keperluan asas kepada mangsa banjir dapat disediakan lebih awal lagi.

Tambahnya lagi, kerjasama turut melibatkan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi memastikan bacaan jadual taburan hujan dipantau sebaik-baiknya.

“Pegawai daerah di setiap kawasan juga telah mengambil maklum mengenai urusan persiapan awal,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, kawasan yang sering terjejas terutamanya sepanjang Sungai Perak juga perlu diberi perhatian khusus bagi mengatasi masalah ini daripada terus berulang.

“Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan jabatan yang terlibat antaranya seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk langkah mengatasi dan menghadapi bencana alam ini.

“kita sedia maklum bahawa di sepanjang Sungai Perak pula, pihak TNB mempunyai empat empangan dan turut berkerja rapat dalam urusan ini juga ialah Pejabat Tanah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");