Sukan Hari Ini

Idam aksi terbaik

Kuala Lumpur: Juara Masters Taiwan Danny Chia berharap dapat memberikan aksi terbaik dengan cuba tidak melakukan kesilapan pada penampilan keempatnya di Klasik CIMB, bermula esok.

Menurut pemain berusia 42 tahun itu, dia hanya cuba bermain seperti biasa dan berharap semuanya berjalan lancar apabila turun beraksi pusingan pertama di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

“Saya janji akan berikan aksi terbaik, cuba tidak melakukan kesilapan dengan memberi tumpuan sepenuhnya. Saya rasa semuanya akan berlangsung dengan baik minggu ini,” katanya ketika pada sidang media semalam.

Jelasnya, gelanggang KLGCC tidak banyak berubah dan menganggapnya antara kelab golf yang sukar kerana rumput berbeza berbanding tempat lain.

“Saya sentiasa tidak dapat menyesuaikan diri di sini, terutama ketika melakukan pukulan fairway kedua. Saya rasa pergerakan bola sukar diramal jika beraksi di sini. Bagaimanapun, saya sempat mencuba lapangan ini pagi tadi (semalam) dan semuanya sempurna, sudah tentu akan ada pemain berjaya mencatat keputusan cemerlang.

“Memang sekarang saya sedikit penat dari segi mental dan fizikal (selepas beraksi sembilan kejohanan berturut-turut) tapi saya harap mampu mendapat rehat secukupnya malam ini dan esok (hari ini) seterusnya mampu beraksi dengan baik minggu ini,” katanya.

Ditanya mengenai tahap permainannya, Danny berkata, pukulan bola ke dalam green tidak menjadi masalah cuma sepanjang minggu ini dia bergelut dengan pukulan putt,” katanya yang baru saja beraksi di Terbuka Hong Kong Khamis hingga Ahad minggu lalu. Dia berkongsi kedudukan ke-51 bersama Adam Groom, Leese Jensen dan Wade Ormsby.

Sementara itu, seorang lagi pemain tempatan, Ben Leong mengakui tidak sabar beraksi pada penampilan pertamanya di kejohanan Jelajah PGA.

“Ini pengalaman baru buat saya dan kali pertama beraksi di Jelajah PGA. Ia sangat bermakna buat saya dan bagaikan impian menjadi kenyataan. Saya tidak sabar untuk beraksi sepanjang minggu ini,” katanya yang akan mempunyai Daniel Summerhays dan Paul Peterson sebagai rakan sepermainan.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88780#sthash.batCCJYG.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");