Berita Hari Ini

Bantah kenaikan kadar tol

PUCHONG – Seramai hampir 100 pengguna dan wakil sepuluh NGO membuat protes aman petang kelmarin, membantah kenaikan kadar tol di sekitar Lembah Klang.

Protes dianjurkan di tepi Plaza Tol Petaling Jaya dari arah Sunway ke Putrajaya dan dikawal kira-kira 20 anggota polis.

Ia turut dihadiri beberapa wakil rakyat sekitar Damansara, Kajang, Petaling Jaya dan Puchong.

Wakil NGO, Abdul Razak Ismail berkata, bantahan dibuat berikutan pengguna terpaksa menanggung beban kenaikan harga tol mulai semalam.

Menurutnya, dia dan isteri yang tinggal di Sungai Buloh terpaksa memperuntukkan hampir RM440 sebulan berulang-alik membayar tol ke tempat kerja.

“Tempat saya tak ada pengangkutan awam, nak tak nak kena pandu kereta sendiri juga. Sebab itu wajar rakyat protes menentang kezaliman syarikat konsesi,” katanya.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula berharap kerajaan mencari jalan menurunkan kadar tol yang membebankan rakyat.

Katanya, perjanjian dibuat bersama syarikat konsesi lebuh raya berat sebelah.

“Kita mahu tengok kadar tol turun, bukan naik. Kita juga mahu lihat perjanjian yang membabitkan rakyat. Saya rasa dukacita amat sangat,” katanya.

Gobind berkata, beliau juga kecewa kerana sebelum ini menteri berkenaan menyatakan kerajaan dalam proses mencari jalan bagaimana menurunkan kadar tol.

Katanya, pengguna tiada jalan lain selain terpaksa melalui lebuh raya, jika ada jalan alternatif melalui kawasan perkampungan atau yang tidak dapat menghubungkan pengguna ke destinasi dituju.

Protes yang bermula pada jam 6 petang itu berakhir kira-kira 50 minit selepas pihak polis meminta peserta bersurai.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");