Isu Panas

Belanjawan pembangkang dibentang 21 Oktober

PETALING JAYA – ?Pakatan Harapan akan membentangkan Belanjawan 2016 di sidang Dewan Rakyat pada 21 Oktober nanti.

Perkara itu diumumkan oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Pengarah Strategi Parti Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Menurut Wong Chen, pembentangan belanjawan itu nanti akan diumum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Pakatan Harapan sudah bergerak dan bekerjasama sejak lapan minggu lepas untuk menyiapkan Belanjawan 2016. Ia sudah siap dan akan dicetak pada tengahari ini.

“Belanjawan 2016 ini disediakan oleh 16 ahli dari ketiga parti yang sangat arif tentang ekonomi dan pembangunan negara. Antara yang terlibat termasuk wakil rakyat, belia, penyelidik, pakar matematik yang berkebolehan dalam menyediakan Belanjawan 2016,” katanya.

Kata Wong Chen lagi, dalam Belanjawan 2016, PH menjanjikan kutipan cukai yang lebih saksama dalam kadar yang lebih kecil berbanding cukai yang dikenakan kerajaan sekarang.

Menurutnya lagi, langkah tersebut bertujuan mengurangkan amalan rasuah di kalangan semua pihak dalam negara ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");