Berita Hari Ini

Bicara kes saman fitnah terhadap Mohd Rafizi 8 Dis

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan lima hari perbicaraan kes saman fitnah Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) terhadap Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli dan portal, Malaysiakini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu bermula 8 Disember depan ketika kes disebut di dalam kamarnya yang dihadiri oleh peguam plaintif, Noor Farhah Mustafa dan peguam Mohd Rafizi, Razlan Hadri Zulkifli semalam.

Razlan ketika ditemui memberitahu tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini adalah 26 hingga 30 Oktober ini.

“Ia terpaksa dilapangkan kerana peguam plaintif, tidak dapat menghadirkan diri,” katanya.

Noor Farhah berkata, peguam utama, Tan Sri Shafee Abdullah terlibat dengan kerja- kerja rasmi hak asasi manusia pada persidangan Asean.

“Beliau hadir sebagai wakil kerajaan dan kapasitinya sendiri,” katanya.

NFCorp dan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad selaku plaintif kedua, Saleh Ismail memfailkan saman itu terhadap Mohd Rafizi dan portal itu berhubung kenyataan berkaitan pinjaman membeli hartanah KL Eco City.

Saman itu difailkan melalui Wan Shahrizal, Hari & Co pada pada 3 Jun 2013 di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Ahli Parlimen Pandan itu dinamakan sebagai defendan pertama manakala pemilik portal berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya Mohamad Salleh berkata, pada 7 Mac 2012, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam Malaysiakini pada hari yang sama.

Beliau mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.

Mohamad Salleh memohon untuk ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk,faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");