Jenayah

Bikin susah orang

Alor Gajah: Lebih 40 kenderaan bocor tayar, rosak rim dan tangki minyak selepas terlanggar bongkah besi dipercayai terjatuh dari treler di Kilometer 212, Lebuhraya PLUS, arah utara, berhampiran susur keluar Tol Simpang Ampat, 10.15 malam tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila bongkah besi terpakai yang dibawa dari treler jatuh di lorong tengah lebuh raya.

Pemeriksaan dilakukan mendapati kenderaan terbabit didapati bocor pada tayar pada tayar, rosak rim manakala sebahagiannya lagi rosak tangki minyak.

Kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada pemandu atau penumpang kenderaan.

Pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat kejadian berkenaan membuat laporan di Balai Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah untuk tindakan selanjutnya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85469#sthash.MqABg85L.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");