Berita Hari Ini

Kenaikan harga kereta bukan muktamad

CYBERJAYA – Kenaikan harga kereta tahun depan sebagaimana dicadangkan pengeluar kereta, masih belum muktamad kerana ia bergantung pada prestasi ringgit, kata Institut Automotif Malaysia (IAM).

Sejak beberapa minggu lepas, pengeluar kereta seperti UMW Toyota Sdn Bhd dan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd telah mengumumkan pelan untuk meningkatkan harga kereta tahun depan berikutan penyusutan mata wang tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif IAM, Madani Sahari berkata, masih ada tiga bulan sebelum tahun baharu dan ringgit mungkin pulih ke paras lebih baik dalam tempoh berkenaan.

“Perkara itu boleh berubah. Kita telah melihat ringgit meningkat dalam tempoh seminggu lalu, oleh itu ia tidak mustahil untuk ringgit mencapai paras yang lebih baik menjelang Januari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Formula SAE Asean 2016 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, bagi bakal pembeli yang memerlukan kereta dan mempunyai kemampuan, kini adalah masa terbaik untuk membeli berikutan pelbagai kempen promosi oleh pengeluar kereta untuk merangsang jualan.

Madani berkata, ekoran pasaran kereta Malaysia semakin kompetitif, pengeluar telah menjalankan kempen untuk menarik pembeli dan menawarkan mereka pemilikan nilai untuk wang.

Mengenai Formula SAE Asean, beliau berkata, IAM menjangka lumba kereta prototaip yang akan dianjur pada 2017 itu akan melibatkan peserta daripada beberapa universiti Asean.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");