Sukan Hari Ini

Blind tetap enggan lepas jawatan

BELANDA berdepan saat mengecewakan selepas mereka gagal melayakkan diri ke Euro 2016 di Perancis.

Biarpun gagal, jurulatih Belanda, Danny Blind berkeras tidak mahu melepaskan jawatannya.

“Saya ingin bertahan bersama Oranje. Saya tidak merasakan reputasi saya teruk ketika ini.

“Kekecewaan hanya berlaku ketika kempen Kelayakan Euro. Ia tidak berjalan dengan baik,” katanya.

Belanda memerlukan tiga mata dalam aksi terakhir menentang Republik Czech sambil mengharapkan Turki tewas kepada Iceland bagi menghidupkan peluang untuk beraksi di pusingan playoff.

Bagaimanapun, Belanda tewas 2-3 manakala Turki pula merekodkan kemenangan 1-0.

Kali terakhir Belanda gagal mara ke saingan Euro adalah pada 1984.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");