Isu Panas

BN mungkir janji pada rakyat

SEREMBAN – Kenaikan kadar tol yang bakal dialami rakyat membuktikan kerajaan BN mungkir janji manifesto yang dibuat pada PRU13, lalu.

Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Siong berkata, ternyata janji kerajaan untuk mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat adalah tidak benar.

Malah katanya, sejak BN diberi mandat memerintah negara, kehidupan rakyat bukan semakin baik, tetapi terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Antara perkara utama yang mahu dititikberatkan BN adalah mahu mengurangkan kos sara hidup rakyat, tapi kita tengok dari masa ke masa hidup rakyat semakin terbeban dengan (GST, harga minyak dan kini pula tol.

“Walaupun kenaikan kadar tol yang berlaku hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar, tapi saya yakin ia akan beri kesan pada kos pengangkutan dan secara tak langsung harga barang pun akan naik. Akhirnya rakyat terus hidup dalam keadaan tertekan,” katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam.

Menurutnya, pihak kerajaan diharap dapat mempertimbangkan semula perkara itu dengan mengambil kira kedudukan ekonomi negara ketika ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda DAP berkata, alasan kenaikan kadar tol telah tertangguh lama adalah langsung tidak dapat diterima.

“Kita pun tak pernah tahu butir kontrak perjanjian dibuat kerajaan dengan syarikat konsesi dan tiba-tiba tol dinaikkan pada saat rakyat terbeban dengan macam-macam kos.

“Di mana slogan BN, ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Adakah mereka sudah lupa semua itu?” katanya.

Sehubungan itu beliau akan membawa isu berkenaan pada persidangan parlimen akan datang.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");