Perak Hari Ini

Bomba Berjaya Kawal Kebocoran Gas Ammonia

IPOH: Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat), Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh telah berjaya mengawal kebocoran gas ammonia di sebuah kilang ais krim yang beroperasi di Jelapang, di sini, awal pagi tadi.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.41 pagi.

“Setibanya anggota disana mendapati, berlakunya kebocoran gas ammonia pada paip utama,” katanya.

Ujarnya lagi, pihaknya telah bertindak untuk mendapatkan bantuan daripada pasukan Hazmat.

“Anggota Hazmat telah bertindak memakai ‘sut tyvek’ untuk masuk ke lokasi kejadian dan menutup injap utama setelah mendapati berlakunya kebocoran.

“Pemeriksaan dilakukan sekali lagi untuk memastikan pencemaran telah dapat dikawal sepenuhnya,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Operasi Hazmat, PBK II Khariri berkata, kebocoran tersebut berada dalam keadaan terkawal.

“Ia tidak merbahaya kepada persekitaran dan tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian ini,” tegasnya.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Zaibidi Sehibi tamat kira-kira jam 8.45 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");