Sukan Hari Ini

Brazil, Argentina tanpa bintang

BINTANG Barcelona, Lionel Messi dan Neymar dijangka terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan bersama Brazil dan Argentina yang membuka tirainya, esok.

Selain Messi yang cedera dan Neymar menjalani penggantungan, beberapa lagi bintang ternama benua itu yang tidak beraksi termasuk penyerang Uruguay, Luis Suarez dan Edinson Cavani, bintang Colombia, James Rodriguez yang turut berdepan kecederaan.

Pada kempen kelayakan kali ini, Brazil akan membuat kunjungan ke Santiago bertemu Chile manakala Argentina berdepan Ecuador di Buenos Aires.

“Setiap aksi ada sejarah tersendiri, dan masa berubah namun faktanya adalah kami bermain dengan baik menentang Chile di mana kami bertemu mereka,” kata pemain veteran Brazil, Kaka.

Sementara itu, Javier Mascherano yang akan memakai lilitan kapten dengan ketiadaan Messi berkata, Argentina perlu membiasakan diri tanpa kelibat peledak berbisa itu dan jangan menjadikannya sebagai alasan.

“Kami perlu sentiasa lebih baik dengan kehadiran Messi.

“Begitu pun, kami tidak akan dapat menggunakan khidmatnya dan cuba dan mengubahnya kepada bentuk positif dan jangan jadikannya sebagai alasan,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");