Perak Hari Ini

Datuk Jamry Sury Kekal Jawatan Selaku Pengerusi SPA Perak

IPOH:Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) negeri Perak, Datuk Jamry Sury antara lima ahli SPA Perak yang dilantik semula untuk tempoh satu tahun mulai 10 Oktober tahun ini.

Suruhanjaya sesi ini mengekalkan Pengerusinya dan tiga orang ahli Suruhanjaya bagi sesi 2014/2015 yang lalu setelah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengekalan jawatan itu juga melibatkan Datuk Zuraida Arshad, Datuk Ramly Zahari dan Datuk Thong Fah Chong.

Manakala bagi sesi kali ini juga, pelantikan seorang ahli baharu iaitu S.Poliges yang sekaligus menggantikan R.Kenas yang menamatkan perkhidmatannya  pada 9 Oktober lalu.

Majlis Penyampaian watikah berkenaan disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berlangsung di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Zambry turut berharap agar para ahli yang dilantik semula mampu menjalankan tanggungjawab dan menyediakan perkhidmatan memastikan semua peluang pekerjaan yang perlu diwujudkan kerajaan negeri.

“Saya mengharapkan anggota baharu yang dilantik akan menjalankan amanah dengan bersungguh-sungguh dan terusan menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor awam supaya dapat dipenuhi,” katanya sejurus selepas majlis penyerahan sijil watikah tersebut.

PERAKTODAY2 (17)

Turut berlangsung sama, penyerahan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)  Perak kepada kerajaan Negeri sebanyak RM6 juta.

“Ia merupakan komitmen tanggungjawab sosial TNB kepada Kerajaan Negeri kerana mereka mempunyai jana kuasa yang besar di sini,” kata Zambry.

Cek sumbangan diserahkan oleh Pengarah Urusan TNB Janamanjung, Shamsul Ahmad kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mewakili Kerajaan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");