Sukan Hari Ini

Subba Brothers buat kita bangga

Kuala Lumpur: Pencabar adik-beradik Gianni Subba dan Keanu Subba yang dikenali sebagai Subba Brothers tidak menghampakan apabila mengharumkan nama negara dengan memenangi acara masing-masing dalam aksi ONE Championship di Stadium Putra Bukit Jalil, minggu lalu.

Kejohanan kerjasama dengan Tune Talk itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai peminat sukan Mixed Martial Arts (MMA) hadir untuk menyaksikan 11 acara dipertandingkan.

Gianni yang berdepan Almiro Barros dari Brazil berkata, pencabarnya bukan boleh dipandang rendah kerana memiliki pengalaman dalam seni mempertahankan diri Brazil Jiu Jitsu (BJJ).

“Saya memilih untuk berlawan dengan tenang, fokus dalam setiap gerakan dan serangan kerana tidak ingin membuat silap yang boleh menjerat diri sendiri.

“Almiro memiliki tali pinggang hitam tahap tinggi dalam BJJ, tapi itu bukan halangan untuk menentangnya dengan strategi diajar jurulatih sepanjang latihan di luar negara sebelum ini.

“Saya berjaya menewaskannya dengan kiraan mata. Saya bangga dengan pencapaian ini,” katanya.

Keanu pula menewaskan Floorian Garek menerusi TKO (serangan) pada pusingan pertama.

Peserta lain negara yang turut memperoleh kemenangan pada malam itu ialah Ev Ting yang mengalahkan Honorio Banario dari Filipina melalui kuncian (Guillotine Choke) pada 56 saat pusingan pertama.

Dua lagi bintang MMA negara, Saiful Merican memperoleh kemenangan hasil serangan tanpa henti terhadap rakan senegara Melvin Yeoh pada pusingan kedua.

Pertemuan antara Agilan Thani dengan Hisham Hiba dari Mesir yang menjadi aksi pembuka tirai malam itu menyaksikan prospek MMA tanah air tampil sebagai pemenang pada pusingan pertama.

Atlet MMA wanita pertama negara Ann Osman tewas kepada pencabar dari Russia Irina Mazepa melalui TKO (serangan) pada minit 3:05 pusingan pertama.

Peter Davis turut kalah kepada Adrian Pang dari Australia pada pusingan pertama.

 

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");