Jenayah

Dua lagi mangsa kemalangan di Yong Peng meninggal

BATU PAHAT: Dua lagi mangsa dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan dua bas di Kilometer 94.1 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Yong Peng, petang semalam, disahkan meninggal dunia.

Ini menjadikan keseluruhan mangsa yang meninggal dalam insiden berkenaan menjadi lima, di mana dua mangsa terbabit meninggal ketika sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kedua-dua mangsa berkenaan disahkan meninggal pada jam 7.30 malam
semasa menerima rawatan.

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh seramai lima orang di mana empat daripadanya adalah warganegara China manakala seorang lagi rakyat tempatan dikenali sebagai L Gothandam berusia 46 tahun iaitu pemandu lori terbabit.

“Kesemua mayat masih dibedah siasat manakala mangsa yang cedera kini dirawat di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Semalam, tiga warganegara China terbunuh selepas sebuah lori dari arah Johor Bahru merempuh dua bas yang sedang dalam perjalanan pulang daripada Kuala Lumpur.

Kejadian turut mengakibatkan 11 penumpang cedera parah manakala 24 lagi dari bas berasingan terselamat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");