Panasnya Hari Ini

Enam Bulan Penggantungan Buat Kit Siang

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung enam bulan daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat setelah enggan menarik balik kenyataannya yang dikatakan menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Keputusan penggantungan itu disahkan dan diumumkan sendiri oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee hari ini.

“Saya tidak sengaja mengeluarkan kenyataan itu… Sekiranya ada mana-mana ahli dalam ini, sila bangun dan buktikan saya cakap dengan sengaja,” katanya ketika diminta membuat keputusan sama ada menarik atau tidak kenyataan menghina kepada Speaker Dewan Rakyat, memetik sumber Freemalaysiatoday.

Kit Siang juga mendakwa dirinya hanya mangsa yang digunakan untuk mengaburi penjelasan berhubung isu 1MDB.

“Saya amat sedih dan ini satu penghinaan, kerana Speaker takut.

“Saya tak pernah kata dengan sengaja menyalahguna kuasa, sabotaj, buat tafsiran sewenang-wenangnya, biarlah pergantungan saya jadi pengajaran sehingga BN jatuh.

“Saya adalah mangsa terbaru, penyakit 1MDB ‘monster’, saya jadi mangsa terbaru,” katanya di Parlimen,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");