Perak Hari Ini

Fitnah PM, Nizar Tunjuk Sikap Sebenar- DS Zambry

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan pemohonan maaf secara terbuka oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dakwaan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lalu membuktikan dirinya sebenar yang sering melemparkan tuduhan tidak berasas.

Tambahnya lagi, pemimpin pembangkang itu sering melemparkan pembohongan fitnah serta tuduhan yang juga dilihat menjadi amalan beliau dan kali ini pihak yang difitnah telah tampil mengambil tindakan.

Ujar Zambry, beliau sendiri turut menjadi mangsa fitnah dan tuduhan daripada ucapan yang tidak bertanggunjawab namun tindakan yang dilakukannya adalah terusan menjawab kembali segala tuduhan tersebut.

“Ada tuduhan yang agak keterlaluan termasuklah tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri seolah mencabar,” katanya.

Adun Changkat Jering itu dilepas dan dibebas daripada tuduhan berkenaan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas membuat permohonan maaf terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Permohonan maaf itu dibuat Mohammad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak, di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya ada menerima permohonan daripada Mohd Nizar pada surat bertarikh 22 Oktober lalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau didakwa memfitnah Najib dalam ceramah di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012 di mana beliau mendakwa telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri telah memanggil panglima Angkatan Tentera dan mengarahkannya membuat sesuatu jika Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");