Sukan Hari Ini

Futsal: Malaysia bermula dengan baik

SKUAD negara bermula dengan baik di Kejohanan Futsal AFF (Persekutuan Bola Sepak Asean) apabila membelasah Brunei 9-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Bangkok, semalam.

Ahmad Fawzul Hadzir Mohamad menyumbang empat gol bermula pada minit pertama, 12 dan dua lagi jaringan pantas pada minit ke-25.

Baki lima gol lain dihasilkan menerusi jaringan sendiri pemain Brunei, Yamin Muhammad pada minit keenam, Muhammad Fitri Muhammad Yatim (m11), Syed Aizad Daniel Syed Nasir (m26), Akmarulnizam Mohd Idris (penalti m28) dan Saiful Nizam Mohamad Ali (m30).

Gol saguhati Brunei pula diperolehi menerusi Faizul Jefry Zaini pada minit kesembilan.

Malaysia akan berdepan cabaran sukar untuk perlawanan kedua apabila menentang juara bertahan dan tuan rumah, Thailand pada Sabtu.

Selain Malaysia, Brunei dan Thailand, dua lagi pasukan dalam kumpulan itu ialah Timor Leste dan Singapura.

Australia yang mara tiga kali ke separuh akhir diletakkan dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Vietnam, Laos dan Filipina.

Pencapaian terbaik Malaysia di kejohanan futsal AFF adalah menjadi naib juara untuk edisi 2003, 2005 dan 2010.

Pertandingan di Bangkok itu juga menjadi pusingan kelayakan Kejohanan Futsal AFC di Uzbekistan tahun hadapan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak beraksi.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");