Jenayah

Gagal samun rumah kongsi

Nibong Tebal: Lapan lelaki berusia 16 hingga 28 tahun dicekup polis selepas gagal menyamun rumah kongsi di Sungai Bakap, di sini, 4 Oktober lalu.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, lapan suspek warga tempatan berkenaan cuba menyamun rumah kongsi warga Nepal di kawasan Seruling Emas di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, cubaan mereka bagaimanapun gagal selepas 15 penghuni rumah kongsi itu melawan suspek.

Katanya, dua daripada mereka ditahan warga asing berkenaan sebelum enam lagi melarikan diri.

Beliau berkata, susulan menerima laporan kejadian, pihaknya kemudian menahan enam lagi suspek berkenaan di sekitar kawasan Sungai Bakap keesokannya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");