Sukan Hari Ini

Gomez mula kaji profil FC Istiklol

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) akan mengkaji profil FC Istiklol bagi mempersiapkan diri menghadapi lawan, dalam pentas akhir Piala AFC pada 31 Oktober ini.

Ketua Jurulatihnya, Mario Gomez berkata, persiapan itu meliputi soal mengenali pemain, stadium dan juga kekuatan serta kelemahan lawan.

“Saya tidak tahu banyak mengenai Istiklol FC, tetapi kami akan mengkaji profil lawan bagi persiap diri menghadapi mereka dari segi mengenali pemain, stadium dan juga kekuatan dan kelemahan mereka,” katanya dipetik dalam laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, di sini semalam.

Selain itu, beliau menyifatkan perlawanan itu penting untuk JDT kerana ia kali pertama sebuah pasukan dari Malaysia layak ke pusingan akhir di Piala AFC.

“Ramai gembira apabila pasukan dari Kuwait dihalang terlibat dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

“Tetapi bagi saya, kita perlu harungi langkah demi langkah. Perlawanan akhir sangat penting untuk JDT kerana ini kali pertama pasukan dari Malaysia layak ke pentas akhir di Piala AFC,” katanya.

Pada masa sama Gomez berkata, JDT juga masih menunggu status Luciano Figueroa pada kelayakannya bermain di final.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");