Sukan Hari Ini

GP Emas: Kien Keat, Boon Heong mara suku akhir

NAIB juara dunia 2011, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong meneruskan rentak kemenangan untuk menempah slot suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Thailand di Thunderdome, Muangthong Thani, Bangkok, semalam.?

Pada aksi pusingan kedua hari ini, Kien Keat/ Boon Heong yang juga pasangan bukan pilihan mengalahkan beregu tuan rumah, Thaptimdong Arkornnit/Boonyakorn Thumpanichwong 21-16, 21-16.

Turut mara ke suku akhir adalah satu lagi beregu lelaki negara, Chooi Kah Ming/Ow Yao Han yang melakar kejutan selepas mengalahkan pilihan kelima, Wang Yilv/Zhang Wen dari China 21-19, 14-21, 21-15.

Bekas pemain negara, Hoon Thien How/Lim Khim Wah bagaimanapun gagal meneruskan kemaraan selepas kalah 12-21, 14-21 kepada pilihan kelima, Wahyu Nayaka Arya Pankaryanira/Ade Yusuf dari Indonesia.

Perseorangan wanita utama negara, Tee Jing Yi turut mempamerkan aksi cemerlang selepas melakar kejutan ke atas pilihan ketujuh yang juga pemain tuan rumah, Porntip Buranaprasertsuk 21-19, 19-21, 21-16.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");