Perak Hari Ini

Hanis Gembira Dapat Sambung Semula Persekolahan

BAGAN SERAI: Tidak dapat digambarkan perasaan gembira seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dapat menyambung kembali persekolahannya selepas setahun terhenti akibat kesusahan yang dihadapi oleh keluarganya.

Nor Isma Hanis Ismail atau lebih dikenali dengan nama Hanis sebelum ini hanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan di Changlun, Kedah sebelum memasuki sekolah pondok.

Ibunya, Mariam Mansur ,47, berkata, anaknya itu hanya bersekolah sehingga darjah tiga sebelum memasuki sekolah pondok di sana.

PERAK TODAY 3

“Kemudian saya dan anak-anak berpindah dan menetap bersama bapa saudara di Kuantang, Pahang manakala suami pulang ke Changkat Lobak bagi menjaga bapa mertua yang sakit,” katanya ketika ditemui, di rumahnya di Matang Tengah, hari ini.

Tambahnya, sewaktu tinggal di Kuantan, beliau tidak bekerja dan hanya anak keduanya sahaja membantu keluarga pada waktu itu.

Manakala Hanis terpaksa berhenti daripada sekolah pondok berikutan rumah yang didiami mereka jauh dari sekolah dimana tempat Hanis belajar.

“Sebaik kami berpindah ke Matang Tengah di sini pada tahun lepas, persekolahan Hanis terus terhenti sebab saya dan suami tidak tahu prosedur untuk menyambung persekolahan Hanis dari sekolah pondok ke sekolah kebangsaan,” katanya lagi.

PERAK TODAY 4

Hanis yang ditemui dirumahnya di sini telah melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu bagi menyambung semula persekolahannya.

“Saya rasa seronok dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu saya untuk sambung bersekolah.

“Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mengubah taraf hidup keluarga saya,” katanya.

PERAK TODAY 5

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pihaknya akan cuba membantu Hanis supaya remaja itu dapat menyambung semula persekolahan.

“Saya selaku wakil rakyat bagi DUN Alor Pongsu akan membantu adik Hanis dari segala segi supaya dia dapat bersekolah semula.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang, Hanis akan bersekolah semula pada awal tahun hadapan (tingkatan dua) dan kita cuba tempatkan dia di sekolah berdekatan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu,” katanya.

Beliau yang turut hadir ke rumah keluarga Hanis bersama-sama ketua kampung Changkat Lobak Yasser Arafat Zaini di sini, hari ini berkata, pada kebiasaannya pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak akan menyekat sekiranya ada kes-kes sebegini.

Tambahnya lagi, proses permohonan kebiasaannya hanya mengambil masa dalam tempoh dua minggu sahaja.

“Saya juga akan memberi bantuan kelengkapan barangan persekolahan seperti baju sekolah, beg dan sebagainya.” katanya.

Sham turut menasihatkan supaya ibu bapa yang tidak tahu mengenai prosedur untuk anak-anak mereka menyambung pelajaran agar merujuk kepada PPD atau sekurang-kurangnya ketua kampung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");