Sukan Hari Ini

Hati Thiago tetap di Perak

Ipoh: Awang import Thiago Junio Thiago De Aquino (gambar kiri) masih mahu menyarung jersi Perak untuk musim 2016 nanti.

Begitupun segala-galanya terpulang kepada ejennya yang akan mengadakan rundingan dengan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

“Bergantung kepada rundingan. Saya serahkan kepada ejen mengenai kedudukan saya bersama Perak. Jika boleh saya mahu kekal,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan ke-126 Kedai Sukan al-ikhsan sempena pembukaan AEON Seri Klebang, dekat sini, kelmarin.

Cawangan ini yang ke-12 di negeri Perak.

Empat pemain termasuk Namkung Woong, Mohammed Hisyamuddin Muhammad Sha’ari dan Muhamnlad Ridzuan Azly Hussam mewakili rakan sepasukan pada majlis itu.

Menurut tonggak benteng berasal dari Brazil itu dia gembira berada di Perak berikutan layanan baik diterima daripada majikan, rakan serta peminat.

Thiago berkata, Perak antara pasukan hebat dalam Liga M tetapi malangnya gagal mengekalkan persembahan konsisten pada penghujung saingan.

“Entah apa perkara yang menimpa kami, saya tidak tahu. Kami tengah mencabar gelaran tapi tiba-tiba hilang upaya. Ada sesuatu yang tidak kena,” katanya tetapi enggan mengulas lanjut.

Malah pemain itu juga hairan dengan prestasi semasa Perak yang hanya menjaringkan satu gol dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");