Perak Hari Ini

Pameran VAT 69 Komando Beri Pengalaman Istimewa

IPOH: Pameran VAT 69 Komando berlangsung pada pagi tadi sempena Hari Ulang Tahun VAT 69 ke-46 di Kem Briged Itara, Ulu Kinta, di sini memberi pengalaman istimewa kepada para pengunjung.

PERAKTODAY12

Program tersebut telah bermula pada jam 8.00 pagi dan pengunjung disajikan dengan gimik perang ‘Lahad Datu’ sebelum perasmian dilakukan.

PERAKTODAY13

Dalam pada itu, pelbagai pameran menarik disediakan buat pengunjung yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai tugas-tugas anggota komando.

PERAKTODAY6

Antaranya, pameran senjata, peluru, alat perlindungan, sejarah VAT, dan tayangan latihan VAT.

PERAKTODAY5

Selain itu, turut diadakan ialah majlis Pelancaran novel ‘The One’ oleh novelis terkenal, Melur Jelita.

Pada petang ini, VAT akan melakukan satu lagi gimik dengan ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid pada jam 4.30 petang.

PERAKTODAY14

Program ini akan berlangsung sehingga jam 6.00 petang ini dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana di sini.

PERAKTODAY4

PERAKTODAY3

PERAKTODAY1

PERAKTODAY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");