Panasnya Hari Ini

Hudud: PAS Tidak Bercadang Kemuka Usul Baru

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan bahawa tidak bercadang bagi membentangkan usul baru mengenai hudud sekaligus meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 19 Oktober ini.

Memetik sumber daripada Therakyatpost,pendirian itu dilontarkan menerusi Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

Ujarnya, PAS sama sekali tiada hasrat untuk mengemukakan usul itu pada waktu ini.

“Kami mahu orang ramai faham usul itu terlebih dahulu. Secara dasarnya, ia tiada kaitan dengan orang bukan islam, kerana ia adalah undang-undang Islam.

“Disebabkan undang-undang ini sudah wujud, kami hanya cuba memperluaskan bidang kuasanya,” katanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Datuk Asmabi Mohamad telah menetapkan 9 November ini bagi memutuskan jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan untuk membatalkan tuntutan menghalang beliau daripada membentangkan rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen.

Takiyuddin yang peguam mewakili Abdul Hadi berkata, permohonan untuk membatalkan saman itu dibuat berdasarkan beberapa sebab, termasuk Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya mempersoalkan proses di dalam Parlimen.

“Usul itu patut diputuskan 222 Ahli Parlimen dan bukannya mahkamah,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");