Membawang Hari Ini

If-One kongsi matlamat berdakwah

If-One yang membawa maksud ‘Kalau Satu’ mewakili hasrat dan cita-cita tiga munsyid, Muhammad Abu Hurairah Roslan, 30; Muhamad Firdaus Mokhtar, 30; dan Fakhrulradzi Shahrudin, 33.

Mereka yang memiliki kemahiran berbeza bersatu untuk berkongsi cita-cita dan matlamat berdakwah pada jalan Allah SWT.

If-One ditubuhkan pada 2011 atas dasar persahabatan yang terjalin dan saling mengenali hati budi masing-masing.

Hurairah, Firdaus dan Fakhrulradzi bukan saja aktif dalam bidang nasyid tetapi juga meminati cabang seni lain seperti teater dan lakonan berasaskan Islam.

Menurut Hurairah, apabila manusia bersatu hati terutama dalam usaha untuk berbuat kebaikan, pasti usaha itu akan menjadi lebih mudah.

“Andai kita semua bersatu di bawah nama Islam yang sebenar, kita sebenarnya sedang berjuang menegakkan kebenaran. Kami seronok dan rasa bangga dapat melakukan sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat,” katanya.

If-One baru saja hadir dengan album berjudul Zikir Buat Hati yang memuatkan lima zikir dan dua lagu berselang-seli dengan tazkirah.

“Album itu dibuat Januari lalu dan baru sekarang siap kerana pembikinannya adalah atas usaha kami bertiga. Sebab itu ia mengambil sedikit masa untuk menyempurnakannya. Kami hasilkan semua lagu dan keseluruhan proses penerbitan.

“Kami mahu menghasilkan album yang pengisiannya ada rasa dan jiwa kerana ia adalah album zikir. Kami mahu rasa itu turut sampai kepada pendengar. Album ini mengisahkan perjalanan hidup kami sendiri lantas sebab itu disisipkan monolog pada trek pertama.

“Zikir yang dipilih juga berkaitan dengan lagu agar album itu menjadi satu wadah yang lengkap untuk dijadikan pedoman kita. Misalnya sebagai manusia dan hamba Allah SWT, janganlah kita mudah berputus asa. Sentiasalah besarkan nama Allah SWT dengan menyebutnya selalu dan manusia sebenarnya melalui rasa dan pengalaman yang sama seperti kami bertiga, adakala berselisih faham juga,” katanya.

Katanya, manusia hari ini sedang melalui krisis yang besar dalam kehidupan seharian dan bergelut dengan cabaran semasa lantas album Zikir Buat Hati diharap mampu mengubati hati yang getir.

Tazkirah dalam album itu disampaikan naib juara Pencetus Ummah musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli dan Ustaz Iqba al Zain.
Lagu berjudul Ada Hikmah pula menceritakan setiap apa yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahnya.

“Manusia akhir zaman perlu kembali kepada al-Quran dan sunah,” katanya.

Tegas Hurairah lagi, kemunculan If-One dalam industri bukan untuk bersaing atau mengejar populariti tetapi lebih kepada bersama-sama memeriahkan industri muzik dengan kumpulan nasyid sedia ada.

Selain menyanyi nasyid, ketiga-tiga mereka ada kerjaya sendiri, Hurairah membuka taska dan sekolah bakat yang melatih kanak-kanak dari umur setahun sehingga peringkat remaja mengenali dan mempelajari kesenian Islam.

Fakhrulradzi pula mengusahakan butik pakaian Muslim dan Muslimah dan pada masa sama bekerja dengan Galeri Asfa, manakala Firdaus pula adalah penasihat kewangan.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85652#sthash.d6xYLXjX.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");