Membawang Hari Ini

Ilham ketika kuliah agama

Lagu ketuhanan bukan saja mendapat tempat di persada muzik Indonesia malah punya ramai pengikut di negara ini.

Justeru itu, kumpulan vokal duo dari seberang, Medina yakin single sulung mereka berjudul Dunia Sementara Akhirat Selamanya dapat diterima pencinta muzik Malaysia.

Lebih menarik, single ini turut dimuatkan dalam album kompilasi lagu terbaik artis tempatan edaran Arteffects Sdn Bhd dan Sony Music.
Medina dianggotai bekas anggota Nineball, Ray Shareza dan Sunu (Matta Band).

Ketika ditemui, Sunu yang juga komposer lagu itu berkata, dia mendapat ilham menghasilkan single itu ketika mengikuti kuliah agama dengan gurunya.

Malah, nama Media sempena masjid yang menjadi tempat mereka berkumpul dan mendalami agama di Bandung, Jawa Barat.

“Proses rakaman single pertama ini mudah dan ia mendapat sambutan positif peminat di Indonesia.

“Kami sudah menghasilkan single kedua berjudul Innallaha Ma’ana dengan menampilkan Ummi Pipik. Single kami terpilih sebagai lagu tema untuk sinetron Mak Ijah Naik Haji,” katanya.

Sunu berkata, walaupun sudah berhijrah dan menghasilkan lagu bercorak ketuhanan bersama Medina, dia masih bersama kumpulan Matta Band.

“Saya masih menjayakan persembahan dengan Matta Band dan mereka tidak menghalang saya menyertai Medina.

“Begitu juga peminat Matta Band, mereka melihat penghijrahan saya bersama media dari sudut positif.

“Sebagai penyanyi dan komposer, saya mahu menggunakan bidang ini sebagai penyampaian dakwah,” katanya.
Sementara itu, Ray yang mendalami ilmu agama sejak 2007 dan menyertai Medina selepas meninggalkan Nineball berharap single mereka dapat diterima peminat di Malaysia.

“Apabila saya ambil keputusan beralih ke lagu ketuhanan, ada peminat yang sokong dan ada menentang.

“Saya kuat semangat untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik di sisi agama,” katanya.

Kolaborasi dengan Hafiz Hamidun

Mengagumi vokal Hafiz Hamidun, Ray berharap impian berkolaborasi dengan penyanyi dan komposer terkenal itu dapat direalisasikan.

Jelas Ray, Hafiz antara penyanyi lagu kerohanian Malaysia yang menjadi sebutan di negara kelahirannya.

“Kami sudah berjumpa Hafiz baru-baru ini dan dia menyambut baik hasrat kami.

“Semoga apa yang direncanakan dipermudahkan Ilahi dan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

“Selain menjayakan sesi fotografi untuk mempromosikan single Dunia Sementara Akhirat Selamanya bersama media, kami turut diundang menjayakan persembahan konsert Hafiz,” katanya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85650#sthash.zNN82ILL.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");