Berita Hari Ini

Indonesia pertimbang bantuan jiran

Kuala Lumpur: Indonesia akan mempertimbangkan bantuan negara jiran sekiranya masalah jerebu berterusan sehingga tiga minggu lagi.

Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno berkata, setakat ini Indonesia berpendirian mampu menyelesaikan masalah itu sendiri dan sekiranya bantuan dari negara jiran diperlukan, ia akan diselaraskan melalui sekretariat ASEAN.

“Indonesia hendak berusaha sendiri terlebih dulu, pastinya kalau kita tunggu dua atau tiga minggu lagi tidak selesai (masalah jerebu), saya kira tentu kita akan koordinasikan bantuan (dari negara jiran) melalui ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pembukaan Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC) ke-14, di sini, semalam.

Baru-baru ini Singapura menyatakan hasrat membantu Indonesia mengatasi masalah jerebu, namun ia ditolak republik itu. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");