Perak Hari Ini

JEREBU: Tanjung Malim Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

IPOH: Setakat jam 1 petang hari ini, hanya satu kawasan di Perak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menerusi laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tanjung Malim mencatatkan bacaan IPU setinggi 106.

Namun, bagi tiga kawasan lain di negeri itu pula mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Tiga kawasan tersebut ialah Jalan Pegoh, Ipoh (97) Seri Manjung (92) dan Jalan Tasek, Ipoh (86).

Manakala bagi kawasan Kampung Air Putih, Taiping tiada sebarang bacaan IPU dicatatkan.

Bacaan IPU 0-50 merujuk kepada kadar kualiti udara yang baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), amat tidak sihat (201-300) dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status jerebu di Perak dan negeri-negeri lain boleh melayari laman web JAS di apims.doe.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");