Berita Hari Ini

JKM diberi kuasa nasihat pengusaha taska

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menurunkan kuasa kepada pengarah JKM negeri bagi menasihati pengusaha taska atau pusat jagaan dalam mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan kanak-kanak terdedah kepada masalah jerebu.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata ini termasuk tindakan menutup taska atau memberhentikan sementara sebarang aktiviti bersama kanak-kanak di luar premis.

“Untuk kesejahteraan bersama, adalah dicadangkan setiap tindakan yang hendak diambil oleh taska atau pusat jagaan perlulah terlebih dahulu dirunding dan mendapat persetujuan bersama ibu bapa/penjaga,” kata KPWKM dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, jika berlaku penutupan sementara bagi menangani jerebu, arahan tersebut terkecuali daripada Seksyen 16(1)(a) perintah untuk menutup sementara taska oleh Ketua Pengarah JKM dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Setakat pukul 9 pagi tadi lebih 10 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan tertinggi direkodkan di Universiti Sains Malaysia dan Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang iaitu masing-masing 168 dan 164.

Kawasan lain ialah Kg Air Putih, Taiping (156); Alor Setar (152); Perai (144); Bakar Arang, Sg. Petani (143); Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (140); Seri Manjung (134); Langkawi (131); Kangar (125); Jalan Tasek, Ipoh (116) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (103).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");